Thursday 13 September 2012

Pengenalan

Asrama Penyayang Nur Iman adalah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim, fakir miskin dan mualaf yang ditubuhkan seawal tahun 2004 oleh Puan Sharimah Binti Ali dengan menyewa dua buah rumah di Lot 3206, Kampung Bandar Dalam 6/4, Sentul, Kuala Lumpur.


Pada masa yang sama, Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman berjaya menempatkan 14 orang anak yatim yang tercicir dari persekolahan dan telah diterima rayuan bersekolah semula. Penghuninya telah meningkat kepada 45 orang pada tahun 2005 dan telah menyewa tiga buah rumah di sekitar Tapak Setapak dan Kuala Lumpur.


Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman kini bertempat di alamat AN 33, Jalan Bakubang, Taman Setapak, Kuala Lumpur dan AP6 / AP6A, Lorong Ibu Kota 6, Taman Ibu Kota, Setapak Kuala Lumpur. Penghuninya kini seramai 45 orang dan ia telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Persatuan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur. Pertubuhan Persatuan Penyayang Nur Iman adalah sebuah pertubuhan yang mengendalikan tiga buah rumah anak-anak yatim lelaki dan perempuan serta menjalankan aktiviti kebajikan dan dakwah di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak, Kuala Lumpur dan Selangor.

0 comments:

Post a Comment